Latar belakang SmartTAG

SmartTAG dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd.

Sebelum pengenalan SmartTAG, terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik pandu terus seperti FasTrak, PLUS TAG dan Saga TAG. SmartTAG mula diperkenalkan pada 15 Mac 1999 apabila PLUS Expressways Berhad mengantikan sistem kutipan tol elektronik pandu terus PLUS TAG di lebih 20 buah plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan kemudian diperluaskan ke 4 buah plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

Pada bulan Disember 2003, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pengendali lebuh raya bertol bertukar kepada kemudahan sistem pembayaran elektronik SmartTAG dan Touch 'n Go bagi mengantikan semua sistem kutipan tol elektronik pandu terus yang lain bagi memudahkan para pengguna. Keputusan tersebut secara tidak langsung menjadikan Rangkaian Segar Sdn Bhd satu-satunya pengendali kutipan tol elektronik di Malaysia pada Julai 2004.